Himpunan ISA: Kerugian hampir RM200 juta

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.

"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia "Merealisasikan Wawasan Negara" anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membeli-belah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut hari raya puasa yang akan disambut pada September ini.

Katanya beliau juga akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda dalam tempoh terdekat.

Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda protes terhadap akta itu di beberapa lokasi tumpuan orang awam seperti Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo.

Ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu kota, Raja Nong Chik berpendapat bahawa mereka "dijolok" pihak tertentu untuk berbuat demikian.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun dah kata, ISA akan dikaji balik. Sepatutnya mereka beri peluang kepada kerajaan kaji balik... bagilah pandangan.

"Dalam blog PM pun boleh bagi pandangan, emel pun boleh. Kalau kita kata tak kaji balik, mungkinlah (boleh protes), tapi kita nak kaji balik tak patut ada protes. Saya rasa benda ini dipolitikkan. Itu sahaja. Ini memberi gambaran buruk terhadap negara kepada orang luar," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan