Demo: Kerajaan sedia adakan tempat khas, kata Najib

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara semalam.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 20,000 itu mendesak kerajaan agar menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap tidak adil.

Dipetik Bernama, Najib juga berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan haram itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan