Umno perlu dapat sokongan anggota parti serta bukan Melayu

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Umno kini bukan hanya perlu memenangi semula sokongan daripada bukan anggota parti tetapi juga bukan Melayu di negara ini, selepas menghadapi kekalahan teruk pada pilihan raya umum tahun lepas.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno, sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN), jangan hanya memikirkan sokongan daripada 3.5 juta anggota parti, tetapi hendaklah memastikan ia masih berkuasa pada masa akan datang.

"Jika kita terus meletakkan pentingnya 3.5 juta anggota, ia tidak akan memastikan kita boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang. Umno perlu memenangi semula sokongan bukan anggota Umno serta sokongan bukan Melayu," katanya pada ucaptama forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Bangsa' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata Umno boleh memenangi sokongan daripada dua segmen ini jika pemimpin parti politik terbesar negara serius untuk mahu menjuarai bangsa, agama dan negara.

Katanya, ini kerana kemenangan besar BN pada pilihan raya umum 2004 dan kekalahan teruk pada pilihan raya tahun lepas, menunjukkan pemimpin Umno tidak mudah menerima pandangan orang ramai, yang menyebabkan pencapaian merosot dalam sokongan mengakibatkan BN tewas di empat negeri.

"Kita dalam Umno fikirkan bahawa adalah cukup untuk kita kekal bersatu di belakang pemimpinpemimpin dan kita boleh menangi hati orang ramai. Bersatu sahaja tidak akan memastikan kemenangan pada pilihan raya umum.

"Apabila orang ramai lihat bahawa Umno tidak perjuang untuk mereka dan hak mereka, mereka tarik balik sokongan untuk parti dan BN. Ramai orang Melayu merasakan bahawa Umno tidak perjuangkan hak mereka.

"Sungguhpun sokongan untuk kepimpinan adalah satu kemestian dalam manamana parti politik, para anggota hendaklah juga mengkritik pemimpin jika ada sesuatu yang tidak betul. Umno mestilah bukan hanya menumpukan pada perpaduan di kalangan anggota dan pemimpin tetapi juga berjuang untuk bangsa, agama dan negara," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata ancaman politik wang dalam Umno, juga merupakan punca pencapaian teruk parti pada pilihan raya umum kerana parti dikenali sebagai sebuah pertubuhan politk yang rasuah.

Katanya sungguhpun banyak insiden berlaku dari tahun 2004 hingga 2008, yang tidak disenangi oleh ramai anggota Umno, pemimpin parti, termasuk pemimpin akar umbi, tetapi mereka terus memberikan sokongannya terhadap kepimpinan disebabkan faktor perpaduan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dalam aspek ekonomi orang Melayu atau Umno sendiri, jangan salahkan bangsa lain di negara ini apabila orang Melayu ketinggalan dalam ekonomi.

"Ada dasardasar untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan polisipolisi ini ada peluang. Peluangpeluang ini tidak digunakan sepenuhnya dan sebab itu orang Melayu ketinggalan," tambah beliau.

Beliau juga berkata pendirian kepimpinan sekarang untuk mengajar subjek Matematik dan Sains di sekolah rendah dalam bahasa Melayu dan keputusan untuk membina sebuah "jambatan lurus" yang menghubungkan Malaysia dan Singapura menyebabkan parti pemerintah BN kehilangan "sedikit sokongan".

Dr Mahathir berkata beliau belum lagi memahami sepenuhnya konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi beliau bimbang ia boleh disamakan dengan konsep Malaysian Malaysia oleh DAP.

"Sebelum ini kita ada konsep Islam Hadhari tetapi orang ramai tidak faham konsep itu. Sebagai seorang pemimpin kita mesti ada slogan yang mudah difaham. Seperti slogan Malaysia Boleh...semua faham slogan itu bahawa kita boleh buat," tambahnya.

Dr Mahathir juga berkata Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, menghadapi banyak halangan terutamanya dalam kelembapan ekonomi sekarang.

"Apabila kita rancang wawasan itu, negara meramalkan kadar pertumbuhan 7 peratus untuk 30 tahun tetapi malahan dalam suku pertama tahun ini, kita dapat negatif 6 peratus...jadi ia sangat sukar.

"Kita juga perlu pinda dasar pembangunan negara untuk mendapatkan pendekatan baru dalam mencapai pembangunan.

Beliau berkata "Kita tidak boleh terus bergantung pada Pelaburan Terus Asing (FDI). Kita perlu pindahan teknologi. Syarikatsyarikat Malaysia mestilah menerajui ini". BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan