Umno bahagian digesa anjur sesi penerangan konsep 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Umno bahagian di seluruh negara digesa menganjurkan sesi penerangan mengenai konsep 1Malaysia kepada rakyat khususnya anggota parti itu bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemimpin serta anggota bahagian merupakan pihak terbaik dalam memberi penerangan berhubung dasar itu kerana mereka telah didedahkan dengan konsep berkenaan melalui Perlembagaan Umno.

"1Malaysia pada hakikatnya mendokong bangsa Malaysia di bawah Fasal 3.6 Perlembagaan Umno dan lebih mudah bagi pegawai dan pemimpin Umno untuk mengemuka dan menerangkan hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerantut di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Fasal itu menjelaskan mengenai mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hakhak asasi manusia dan hakhak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata kementerian juga akan membantu mengadakan sesi penerangan khususnya kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam memberi kefahaman mengenai gagasan 1Malaysia.

Malah katanya, pihaknya juga bersedia menguraikan mengenai dasar itu kepada pembangkang jika diminta.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata Umno perlu memperkukuhkan pentadbiran dan mengubahsuai perlembagaannya dengan memberi kuasa kepada akar umbi untuk memutuskan kepimpinan parti dalam menjadikan parti itu lebih kuat.

Beliau berkata proses pemilihan pimpinan Umno seharusnya dijadikan sebagai satu pilihan raya parti yang melibatkan setiap anggota berdaftar dan bukannya melalui 2,600 perwakilan sahaja.

Selain itu katanya, kuasa dan fungsi perlembagaan parti juga perlu dipinda khususnya berkaitan kuota pencalonan di peringkat pimpinan tertinggi parti dan bahagian.

"Kita perlu mewujudkan semula senario atau keadaan sebelum tahun 1990 yang tidak memerlukan kuota tetapi hanya perlu sistem cadangan dan sokongan biasa, sesiapa yang jadi pemimpin harus tidak takut ditandingi oleh sesiapa," katanya.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada setiap bahagian yang bakal bermesyuarat untuk membuat keputusan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan