Tiada sebab BN tidak bertanding di Permatang Pasir

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebab untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata Umno tetap akan bertanding meskipun pembangkang meminta supaya parti itu tidak meletakkan calon seperti yang dilakukan pada pilihan raya kecil negeri Penanti 31 Mei lepas.

"Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), jika ia berkaitan dengan keperluan Perlembagaan, maka kita akan lawan," katanya yang juga Anggota Parlimen Pontian ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Penanti, BN tidak meletakkan calonnya kerana kekosongan kerusi itu berlaku apabila wakil rakyatnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan dan parti itu hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS semalam, kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyambut baik pengumuman Najib yang juga Presiden Umno semalam berhubung penubuhan sembilan biro Umno.

"Ini adalah satu usaha yang baik dan dengan pembahagian tugas itu, saya percaya kita (Umno) dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik selain dapat menjadikan Umno terus relevan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Sembilan biro yang diumum semalam ialah Biro Latihan yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Biro Keahlian), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Biro Perlembagaan) dan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin (Biro Ekonomi).

Biro Pendidikan akan dipengerusikan Datuk Abdul Ghani Othman, Ahmad Maslan (Biro Penerangan), Datuk Mustapha Mohamad (Biro Hal Ehwal Institusi Pengajian Tinggi), Senator Datuk Mejar Jen (B) Jamil Khir Baharom (Biro Agama) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab Umno Luar Negara). BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan