PM minta Nik Aziz jaga perasaan Umno kalau mahu kerjasama

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjaga perasaan dan sensitif kepada anggota Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno berkata, beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Abdul Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".

Najib berkata Nik Abdul Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.

"Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.

Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun keduadua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.

"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.

"Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan