Permatang Pasir: MCA P. Pinang siap sedia jentera

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: MCA Pulau Pinang bersedia bekerjasama dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir daripada PAS pada pilihan raya kecil akan datang.

Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan memberi kerjasama penuh dalam usaha merampas semula kerusi itu berikutan banyak perubahan dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"MCA yakin masyarakat Permatang Pasir mahu melihat pembangunan yang berterusan dan ia hanya mampu dilaksanakan oleh BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Liow menjelaskan bahawa usaha merampas kerusi DUN Permatang Pasir bukan mudah kerana kawasan itu adalah kubu kuat PAS tetapi parti itu akan berjuang demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk di situ.

Katanya masyarakat sudah bosan dengan karenah politik di negeri itu yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, akibat sakit jantung di Institusi Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam.

Liow berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak harus sentiasa bermain politik dengan setiap isu rakyat seperi isu tanah di Kampung Buah Pala di mana kerajaan negeri tidak menunaikan janji kepada penduduk.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa mata penduduk boleh dikaburi dengan menjadikan semua isu sebagai bahan politik. Ini adalah kesilapan kerana masalah penduduk perlu diselesaikan secara baik," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow meminta PR supaya jangan mengambil mudah pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir.

"Kita perlu berusaha keras bagi mengekalkan kerusi itu dan tidak terlalu yakin kerana pilihan raya kecil Permatang Pasir adalah berbeza dengan pilihan raya kecil DUN Penanti yang mudah dimenangi sebelum ini," katanya.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan, yang memegang kerusi Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi bagi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib, dengan majoriti 5,433 undi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan