MCA perlu lalui proses transformasi sebenar, kata Tee Keat - Berita Semasa | mStar

MCA perlu lalui proses transformasi sebenar, kata Tee Keat

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: MCA perlu melalui proses tranformasi sebenar sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kata Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini.

Presiden MCA berkata tranformasi MCA bukan sekadar ucapan atau cogan kata, sebaliknya memerlukan proses pelaksanaan yang berkesan ke arah pembentukan parti yang kukuh.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Perlis di sini hari ini, beliau berkata perbezaan pandangan di kalangan para pemimpin MCA tidak seharusnya menghalangkan proses tranformasi kerana mereka juga mempunyai citacita yang sama terhadap masa depan parti.

"Anggota-anggota MCA juga perlu meningkatkan sistem nilai mereka supaya mereka berupaya membezakan yang mana baik dan yang mana buruk," katanya.

Apa yang penting, kata Ong, setiap anggota MCA terutama golongan muda perlu menggunakan ruang dan peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka kerana secara tidak langsung mereka boleh memberi sumbangan kepada parti, masyarakat dan negara.

Beliau turut mengingatkan anggotaanggota MCA supaya tidak menjadi seperti "Si Kitul" yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka kepada penjajah ratusan tahun lalu.

Si Kitul adalah contoh anggota masyarakat yang berbahaya kerana memberi maklumat kepada penjajah sehingga akhirnya keagungan kerajaan Melaka tumbang kerananya.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA juga akan memastikan anggota-anggota parti itu mendaftar sebagai pemilih kerana menurutnya tiada makna jika anggota MCA ramai sedangkan jumlah yang layak mengundi begitu kecil. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan