Kumpulan pro-ISA serah memorandum kepada Istana

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-ISA yang gagal himpunkan 70,000 orang yang disasarkan, menyerahkan memorandum kepada Istana Negara lewat petang tadi.

Ia diserahkan oleh Mohd Khairul Azamdin, penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, di pintu belakang Istana kira-kira pukul 5.30 petang.

Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online bahawa hanya seorang wakilnya pergi ke Istana untuk menyerahkan memorandum.

"Oleh kerana pihak polis tidak akan benarkan ramai orang dan atas faktor keadaan hari ini, kami memutuskan untuk menghantar seorang sahaja dan menyerahkan memorandum telah berjaya diserahkan," katanya.

Kedua-dua kumpulan pro dan anti-ISA telah bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara petang ini dan menyerahkan memorandum kepada Istana untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Dalam pada itu, kumpulan pro-ISA ini yang sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 70,000 orang hanya menggerakkan sekitar 2,000 orang - di kawasan Pasar Seni kira-kira 2 petang tadi.

"Kami berucap lima minit di kawasan Pasar Seni dan bersurai kemudian," katanya.

Tujuh orangnya juga ditahan hari ini.

Awalnya mereka bercadang untuk berhimpun di Dataran Merdeka tetapi tidak kelihatan sehingga pukul 2 petang kerana laluan ke sana ditutup dan dikawal ketat polis.

Sejak pagi tadi polis menutup Jalan Raja, sebahagian Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak serta Bulatan Hishammuddin. Jurit memberitahu, kumpulan itu juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej "tidak semua sokong ISA dimansuhkan."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan