ISA: Beri pandangan, bukan demo - kata Najib

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, demonstrasi yang bakal diadakan esok tidak akan mendatangkan kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Rakyat sepatutnya memberi cadangan atau pandangan untuk memperbaiki ISA dan bukannya mengadakan demonstrasi untuk menyokong atau membantah pelaksanaan undang-undang itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Najib yang juga Presiden Umno berkata, cadangan untuk mengkaji semula ISA tidak harus dipolitikkan kerana apa yang penting sekarang ialah untuk menggubal satu bentuk undang-undang yang sesuai dengan kehendak zaman, citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia.

"Kerajaan telah pun mengambil pendirian untuk mengkaji ISA dan dalam proses itu yang penting ialah untuk (rakyat) memberi pandangan, cadangan, idea bernas bagaimana kita boleh memperbaiki undang-undang seperti ini.

"Dalam proses itu kita buat perbincangan dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan sebagainya... buat apa kita adakan demonstrasi," katanya.

Najib berkata, demonstrasi tidak boleh menghuraikan apa perkara yang hendak dipertimbangkan oleh kerajaan.

Beliau juga menyifatkan perhimpunan yang dijadualkan hari ini sengaja dirancang semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), mahu ISA dikekalkan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara esok bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan yang dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat itu di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan