Himpunan ISA: Laluan utama ke KL ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAWAL...Polis mula mengawal keselamatan dengan menutup beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur. Ia dilakukan bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.--foto THE STAR oleh: RAYMOND OOI.
KAWAL...Polis mula mengawal keselamatan dengan menutup beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur. Ia dilakukan bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.--foto THE STAR oleh: RAYMOND OOI.

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

Menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalanjalan berhampiran Istana Negara.

"Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja," katanya. Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas.

Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), yang mahu ISA dikekalkan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan