Gas pemedih mata surai himpunan anti-ISA

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERARAK... Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di hadapan pusat beli belah Kamdar dan berarak menuju ke Jalan Raja Laut.
BERARAK... Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di hadapan pusat beli belah Kamdar dan berarak menuju ke Jalan Raja Laut.

KUALA LUMPUR: Polis menyuraikan himpunan anti-ISA anjuran GMI dengan lepaskan gas pemedih mata dua kali di kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sebentar tadi.

Lebih 10,000 serta himpunan anti-ISA setakat ini.

Sementara itu, kumpulan yang disuraikan itu kembali berhimpun di kawasan kompleks membeli belah Sogo.

Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata pada pukul 2.24 petang tadi untuk menyuraikan kumpulan berkenaan.

BERITA TERDAHULU

Himpunan ISA: Hampir 70 penyokong GMI ditahan

KUALA LUMPUR: Hampir 70 penyokong kumpulan GMI yang mahu mengadakan himpunan anti-ISA di sini petang ini ditangkap sejak pagi tadi.

Mereka ditahan di pelbagai lokasi di ibu negara tapi kebanyakan adalah di kawasan Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Turut ditahan ialah wakil Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Puspawati Osman, 28. Dia dibebaskan 20 minit kemudian.

Polis juga mengesahkan tangkapan bagi tujuan dokumentasi dan ingkar arahan bersurai.

"Mereka ditangkap sejak sekitar 9 pagi tadi. Kami sudah minta peguam kami uruskan perkara itu," kata Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi mStar Online.

Walaupun ada tangkapan, kata beliau, pihaknya akan meneruskan himpunan menggesa ISA dimansuhkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, setakat 11.30 pagi tadi tiada tangkapan membabitkan penyokong kumpulannya.

"Bagaimanapun saya difahamkan 12 penyokong GMI sudah ditahan," katanya.

BERITA TERDAHULU

Himpunan ISA: Beberapa penyokong GMI ditahan

KUALA LUMPUR: Lebih 30 penyokong kumpulan GMI yang mahu mengadakan himpunan anti-ISA di sini petang ini ditangkap sejak pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad sebentar tadi.

Lebih 20 orang ditahan di kawasan Masjid Negara manakala enam di kawasan berdekatan LRT Masjid Jamek.

Polis juga mengesahkan tangkapan bagi tujuan dokumentasi dan ingkar arahan bersurai.

"Mereka ditangkap sejak sekitar 9 pagi tadi. Kami sudah minta peguam kami uruskan perkara itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Walaupun ada tangkapan, kata beliau, pihaknya akan meneruskan himpunan menggesa ISA dimansuhkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, setakat 11.30 pagi tadi tiada tangkapan membabitkan penyokong kumpulannya.

"Bagaimanapun saya difahamkan 12 penyokong GMI sudah ditahan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan