Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua bahagian Umno diberi tempoh sehingga September untuk membuat ulasan dan mengemukakan cadangan balas terhadap cadangan pindaan perlembagaan parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata cadangan pindaan daripada Biro Perlembagaan telah dihantar ke bahagianbahagian untuk dibuat ulasan dan cadangan balas mereka akan dirumuskan apabila sampai pada masanya.

"Mereka telah diberikan satu tempoh, 16 Ogos baru habis mesyuarat bahagian, jadi kita bagi tempoh mungkin bulan September mereka boleh hantar (cadangan) dan kita boleh menghalusi apa cadangan balas daripada bahagianbahagian itu.

"Maknanya pindaan perlembagaan pada persidangan (Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Okt) akan datang ini tetap akan kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Najib berkata MT hari ini turut bersetuju mengenai penubuhan sembilan biro Umno yang setiap satunya dipengerusikan anggota MT Umno.

Sembilan biro berkenaan ialah Biro Latihan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Biro Keahlian), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Biro Perlembagaan) dan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin (Biro Ekonomi).

Biro Pendidikan akan dipengerusikan Datuk Abdul Ghani Othman, Ahmad Maslan (Biro Penerangan), Datuk Mustapha Mohamad (Biro Hal Ehwal Institusi Pengajian Tinggi) dan timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah. Pengerusi Biro Agama ialah Senator Datuk Mejar Jen (B) Jamil Khir Baharom dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab Umno Luar Negara). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan