Pemuda PAS: "Kalau setuju, ayuh berwacana, kalau tidak..."

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan al-Tantawi berkata, beliau hanya akan bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada wacana ilmiah yang akan disertai oleh kedua-dua pihak, bukan dalam pertemuan empat mata seperti yang dimahukan Khairy.

Nasrudin berkata, soal Khairy mahu bertemu dengan beliau kerana ingin mengetahui tujuan sebenar wacana itu dan mendengar sendiri isi hati beliau tidak berbangkit kerana Pemuda telah menyatakan persetujuan untuk mengadakannya.

"Kalau mahu bertemu saya untuk mendengar isi hati, sepatutnya beliau hadir ketika saya menghantar surat jemputan untuk mengadakan wacana itu di Parlimen, sebaliknya beliau hanya menghantar naibnya sahaja.

"Sekarang wacana ini sudah pun sampai ke peringkat jawatankuasa teknikal dan tidak sesuai lagi untuk saya mengadakan perbincangan empat mata dengan Khairy.

"Saya kini menyerahkan 100 peratus kepada jawatankuasa teknikal berhubung wacana ini," katanya kepada mStar Online.

Pada 1 Julai lalu, Pemuda PAS telah menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah bertajuk "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam" melalui surat jemputan yang diserahkan Nasrudin kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.

Pemuda Umno telah pun membalas surat jemputan itu dua hari kemudian menyatakan persetujuan mereka.

Bagaimanapun semalam, Khairy berkata beliau mahu menemui Nasruddin sebelum wacana itu diadakan bagi mengetahui tujuan dan mendengar sendiri isi hati Nasruddin mengenai wacana itu.

Katanya, beliau tidak mahu lagi 'bermain tarik tali’ dengan PAS kerana wujud percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS berhubung isu itu.

Berhubung kenyataan Khairy bahawa tajuk wacana yang dicadangkan Pemuda PAS itu tidak sesuai, Nasruddin berkata, dalam surat persetujuan yang dihantar, Khairy tidak membangkitkan soal tidak bersetuju dengan tajuk itu.

"Jadi, kita faham yang Pemuda Umno bersetuju untuk mengadakan wacana itu dengan tajuk yang kita cadangkan.

"Kalau mahu tukar sedikit terma tajuk itu tapi masih membawa maksud yang sama, kita tiada halangan.

"Bagaimanapun, kalau mereka tidak bersetuju dengan tajuk itu, maknanya mereka tidak bersetuju untuk mengadakan wacana ini.

"Kalau setuju, ayuh berwacana...kalau tidak, sudah...selesai," katanya.

Katanya, jika Pemuda Umno mahukan tajuk lain bagi wacana itu, satu wacana lain perlu diadakan dan bukan menukar tajuk bagi wacana yang mereka cadangkan itu.

"Kalau Pemuda Umno mahukan tajuk yang mereka pilih, mereka pulalah yang perlu menjemput kita berwacana," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan