Nik Aziz bangkit soal kerjasama dengan kerajaan pusat Isnin ini - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz bangkit soal kerjasama dengan kerajaan pusat Isnin ini

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan membangkitkan isu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada satu mesyuarat mengenai Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Putrajaya pada Isnin ini.

Beliau berkata mesyuarat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan juga melibatkan tiga Menteri Besar lain.

"Banyak perkara akan dibincangkan dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan Najib di sini esok apabila Perdana Menteri berada tiba untuk lawatan singkat. Sebelum ini, Nik Aziz menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat tetapi menolak untuk berbaik-baik dengan Umno.

Perdana Menteri akan melawat Kelantan esok bagi merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu dan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan