Kematian Mohd Hamdan kehilangan besar kepada PAS

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di sini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada parti itu.

Katanya, Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin yang aktif memperjuangkan isu berkaitan pekerja, malahan mempunyai peribadi yang baik dan merendah diri.

Ketika dihubungi Bernama, Mujahid berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang telah lama bergiat dalam parti dan sangat fokus dalam tugasnya.

Mohd Hamdan, 63, wakil rakyat tunggal PAS di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 7.15 pagi ini selepas beberapa hari menjalani pemeriksaan dan rawatan di situ.

Jenazahnya dijangka tiba di Permatang Pasir pada 2 petang ini untuk dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan beliau sebagai seorang ADUN yang selalu memperjuangkan prinsip yang tegas.

Katanya beliau mengenali Mohd Hamdan sebagai seorang yang sentiasa bercakap daripada segi prinsip dan berbahas tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

"Saya sedih kerana kehilangan seorang kawan lama. Allahyarham pernah bertanding dua kali menentang saya di DUN Penaga (dan kalah) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 sebelum beralih ke Permatang Pasir," katanya.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kematian Mohd Hamdan merupakan satu kehilangan bagi gabungan pembangkang di Pulau Pinang.

Zahrain, yang berada di Kuala Lumpur, bergegas ke IJN sebaik mendapat berita mengenai kematian itu pagi ini tetapi tidak sempat kerana jenazah telah dibawa pulang pada 10 pagi.

Di KUALA LUMPUR, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Allahyarham turut membantu dalam perjuangan PKR.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi mempertahankan kerusi Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat Pas.

"Lagi pun Mohd Hamdan ini adalah bekas Pesuruhjaya Pas negeri. Dia berada dalam parti lebih lama daripada saya, malahan ketika saya berada di dalam PAS dia sudah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Jadi Allahyarham banyak korbankan perjuangan, masa dan harta demi perjuangan Islam," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan