Dakwaan penyelewengan peruntukan ADUN diketahui selepas audit dalaman - MB Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan penyelewengan perbelanjaan peruntukan kerajaan negeri oleh sesetengah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan hanya dapat diketahui kebenarannya selepas selesai audit dalaman yang sedang dijalankan.

Audit dalaman yang sedang dijalankan terhadap perbelanjaan semua ADUN dijangka selesai awal September ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) melaporkan penyalahgunaan wang peruntukan oleh seorang wakil rakyat pakatan pembangkang berjumlah RM375,000 di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.

Abdul Khalid menjelaskan pembayaran kepada aktiviti yang dituntut oleh ADUN dibuat oleh Pejabat Daerah.

Katanya beliau akan memantau dan telah meminta audit dalaman menyemak peruntukan yang dituntut itu digunakan untuk apa bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan.

Mengenai pembatalan upacara perbarisan dan meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negeri Selangor sempena sambutan Hari Pahlawan hari ini, Menteri Besar berkata ia tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.

"Walaupun 106 anggota kawalan kehormat yang diketuai oleh tiga orang pegawai dan lebih 400 peserta yang hadir tidak berganjak semasa hujan lebat kira kira pukul 8.15 pagi tadi, acara itu tidak dapat diteruskan kerana keadaan yang licin," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata upacara itu tetap diadakan di dalam Dewan Annex di Bangunan Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang hadir pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang telah berjuang untuk negara.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada wakil Angkatan Tentera Malaysia iaitu Panglima 11 Briged Brig Jen Datuk Md Azman Rosli dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar atas tugas-tugas yang telah dijalankan mereka, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan