Amanah Saham 1Malaysia dilancar, 100 unit percuma pelajar IPTA

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKU SAHAM SAYA...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan buku pelaburan Amanah Saham 1Malaysia miliknya yang disampaikan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selepas melancarkan amanah saham itu di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri).--fotoBERNAMA
BUKU SAHAM SAYA...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan buku pelaburan Amanah Saham 1Malaysia miliknya yang disampaikan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selepas melancarkan amanah saham itu di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri).--fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 50,000 pelajar tahun satu ijazah pertama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendaftar pada sesi pertengahan tahun ini akan menerima 100 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) secara percuma.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika melancarkan AS 1Malaysia di sini, hari ini.

Najib berkata, pemberian kepada pelajar IPTA itu disumbangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Berhad, RHB Bank dan Pos Malaysia sebagai insentif kepada golongan tersebut.

"Sebagai pewaris negara, kita mahu melihat golongan muda ini mendapat pendidikan sekurang-kurangnya peringkat ijazah agar mereka menjadi warganegara yang berwawasan dan progresif.

"Mereka harus bijak membuat keputusan terutama dalam bidang pelaburan dan perancangan kewangan," katanya.

AS 1Malaysia yang merupakan tabung dana amanah baru bagi rakyat Malaysia berharga tetap RM1 seunit dengan saiz 10 billion dan diuruskan oleh PNB.

AS 1Malaysia akan dibuka untuk langganan umum mulai 5 Ogos ini dengan tempoh tawaran awal selama 30 hari.

Najib berkata, sepanjang tempoh tawaran awal, 50 peratus daripada unit-unit saham itu akan diperuntukkan kepada Bumiputera, 30 peratus kepada kaum Cina, 15 peratus kepada kaum India dan 5 peratus kepada lain-lain, yang dibuat berdasarkan pola kependudukan rakyat Malaysia.

"Selepas tamat tempoh itu, unit-unit AS 1Malaysia akan dibuka untuk langganan semua rakyat dan pada saya, cara ini adalah yang paling adil dan telus untuk PNB mendapatkan pelabur yang benar-benar berminat sementara rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk melabur," katanya.

Najib berkata, beliau bersyukur kerana dapat merealisasikan pelancaran AS 1Malaysia yang merupakan satu daripada 11 pengumuman yang dibuat beliau sempena 100 hari pentadbirannya 11 Julai lalu.

Katanya, tiga dimensi amat penting dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia yang dibawa beliau iaitu cara untuk memupuk perpaduan yang lebih kental antara kaum, mengutamakan rakyat melalui institusi-institusi di negara ini dan mengutamakan pencapaian dengan melaksanakan sesuatu dengan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat faedah dengan cepat.

"Saya berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak titik-titik sentuh (touch points) dan ini (AS 1Malaysia) merupakan salah satu daripada titik sentuh kerana tabungnya besar, terbesar dengan jumlah 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat.

"Sudah tentu ia akan memberi suntikan kepada ekonomi negara dan instrumen pelaburan yang lain," katanya.

Sepanjang tempoh tawaran awal, had langganan maksimum bagi AS 1Malaysia ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang unit berumur 18 hingga 55 tahun.

Sementara itu, had langganan maksimum bagi yang melebihi umur 55 tahun adalah 100,000 unit bertujuan memberi pilihan kepada golongan itu untuk mempelbagaikan pelaburan bagi merancang keperluan persaraan mereka.

Selepas tempoh tawaran awal, had pelaburan tersebut boleh dihapuskan namun ia bergantung kepada unit-unit saham yang ada untuk dilanggan.

Bagaimanapun, jualan semula unit-unit AS 1Malaysia sepanjang tempoh tawaran tidak dibenarkan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan