Salurkan maklumat kepada polis dalang gerakan bawah tanah

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat penglibatan individu atau kumpulan yang dikatakan mendalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan haram seperti perjudian, spa dan pelacuran, diminta tampil memberikan maklumat dan bukti-bukti tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata maklumat itu diperlukan polis bagi menjalankan siasatan terperinci setiap dakwaan yang dikemukakan itu.

"Kita tidak boleh menyiasat jika ia hanya cakap-cakap kosong tanpa memberikan maklumat dan bukti yang kukuh. Mereka harus tampil membuat laporan agar kita siasat perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa kumpulan tersebut yang aktif membantu memenangkan calon pada pilihan raya lepas di negeri itu diberikan akses untuk meneruskan kegiatan haram tersebut tanpa sekatan sebagai habuan dan dianggarkan Selangor kini mempunyai 4,000 premis seumpama itu beroperasi secara haram termasuk di kawasan-kawasan luar bandar.

Mohd Bakri berkata polis sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan operasi di premis-premis yang menjalankan perniagaan haram seperti pelacuran dan judi namun maklumat-maklumat baru diperlukan terutama bagi mengenalpasti lokasi-lokasi baru kegiatan tersebut.

"Polis sentiasa memerlukan maklumat orang ramai dan daripada maklumat itu kita akan jalankan siasatan sebaik mungkin bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang terbabit yang mendalangi mana-mana kegiatan haram itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan