MT fokus isu Umno-PAS, Manek Urai esok

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno esok dijangka memfokuskan kepada isu perbincangan Umno-PAS dan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu telah menyatakan bahawa isu perbincangan Umno-PAS akan dibincangkan pada mesyuarat MT esok.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno pada minggu lalu berkata, langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti akan dibincangkan pada mesyuarat MT esok.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu berkata, beliau bersedia untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS dengan kerajaan pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Bagaimanapun dua hari kemudian, Nik Aziz menafikan pihaknya mahu mengadakan kerjasama dengan Umno sebaliknya hanya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan