Jangan sertai demonstrasi bantah atau sokong ISA - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kepentingan negara.

"Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil.

"Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara sentiasa terjamin," katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat (1948-1962) di sini Khamis.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembelaan Negara (Magaran) yang memberi tempoh sehingga pukul 5 petang ini kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi untuk mendesak kerajaan memansuhkan ISA, Sabtu ini.

Sekiranya GMI gagal berbuat demikian, maka Magaran yang dianggotai 56 badan bukan kerajaan membabitkan lebih 100,000 penyokong akta berkenaan tidak teragak-agak untuk turut sama berarak ke Istana Negara, bagi menyatakan sokongan kepada pelaksanaan ISA.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

"Saya juga sudah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman supaya memantau secara dekat perhimpunan itu," katanya.

Hishammuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan demonstrasi itu kerana kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan untuk meneliti dan mengkaji ISA.

"Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan? Saya rasa tidak sesuai dalam konteks apa yang kita umumkan selama ini (teliti dan kaji ISA)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan