Dua mati akibat denggi pada minggu ke-29

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 77 tahun dari Sipitang, Sabah dan seorang guru wanita berusia 45 tahun dari Ampang, Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat denggi pada minggu ke-29, iaitu dari 19 hingga 25 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kedua-dua mangsa masing-masing mengalami komplikasi demam denggi berdarah dan "dengue shock syndrome".

Beliau berkata pemeriksaan kawasan pembiakan aedes di kawasan kediaman kedua-dua mangsa mendapati terdapat tempat pembiakan melebihi kadar sensitif yang dijumpai di luar rumah, katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Bagaimanapun, Dr Mohd Ismail berkata jumlah kes denggi di seluruh negara mencatatkan penurunan daripada 615 kes pada minggu sebelumnya kepada 528 kes minggu berkenaan dengan hanya dua negeri sahaja yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Sabah dan Selangor.

Menurutnya jumlah kes denggi terkumpul pada tahun ini ialah 26,974 kes dengan 66 kematian berbanding 24,726 kes dengan 61 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi penyakit chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 38 kes dilaporkan pada minggu ke-29 dengan penurunan satu kes sahaja berbanding minggu sebelumnya.

"Kelantan sahaja yang menunjukkan peningkatan kes iaitu dua kes pada minggu ke-28 kepada lapan kes pada minggu ke-29. Tiada kematian berkaitan penyakit chikungunya dilaporkan sehingga kini," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan