Ucapan selamat hari lahir dorong kerja lebih keras, kata Najib

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat menghargai ucapan selamat hari lahir yang dihantar pengunjung blog 1Malaysia yang dengan caranya tersendiri mendorong beliau untuk bekerja lebih keras. "Minggu lepas, sebaik pulang dari Timur Tengah, saya agak terkejut tetapi gembira, juga tersentuh apabila mendapati ramai daripada anda semua telah menghantar ucap selamat hari lahir di ruangan komen entri blog saya.

"Saya sangat menghargai ucapan selamat anda semua; dengan caranya yang tersendiri semua ucapan tersebut mendorong saya untuk bekerja lebih keras dalam memberikan perkhidmatan kepada nusa dan bangsa," katanya dalam entri terbaru dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Perdana Menteri dalam blog berkenaan turut merakamkan penghargaan beliau kepada semua yang telah menyampaikan ucap selamat secara peribadi kepadanya.

"Walaupun tidak mampu menyampaikan penghargaan saya kepada setiap individu, namun saya berasa lega kerana boleh melakukannya di dalam blog ini," kata beliau.

Bagaimanapun Najib berkata keseronokan melayari komen dan ucap selamat yang disampaikan tidak membuat beliau alpa bahawa masih banyak kerja lagi yang mesti diselesaikan dan terdapat isu-isu lebih besar yang memberikan kesan kepada rakyat Malaysia hari ini.

"Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah utama untuk menangani kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan.

"Saya akan bekerja rapat dengan "menterimenteri peneraju" yang akan mengendalikan setiap Bidang Keberhasilan Utama bagi memastikan pelaksanaan yang sempurna dan mencapai hasil yang diharapkan," katanya.

Berhubung dengan 1Malaysia.com.my, Najib berharap ia akan dapat menyiarkan respon beliau terhadap komen pengunjung laman blog berkenaan dalam sedikit masa lagi dan meneruskan dengan video S&J (video soal dan jawab) yang saya mulakan pada awal bulan ini.

"Penyertaan anda sangat penting kepada keduadua laman web ini dan saya berharap akan dapat berinteraksi lagi dengan anda," katanya.

Perdana Menteri turut mengalualukan orang ramai untuk mengemukakan soalan-soalan bagi dimuatkan dalam video S&J akan datang selain boleh menonton video jawapan beliau pada blog itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan