Perjalanan sesi inkues kematian Teoh

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARISAN PEGUAM... Peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo; ADUN Kota Damansara, M Manohara; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan seorang lagi peguam, Sankara Nair ketika tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi bagi inkues kematian Teoh.--fotoTHE STAR oleh NORAFIFI EHSAN.
BARISAN PEGUAM... Peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo; ADUN Kota Damansara, M Manohara; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan seorang lagi peguam, Sankara Nair ketika tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi bagi inkues kematian Teoh.--fotoTHE STAR oleh NORAFIFI EHSAN.

BERIKUT adalah perjalanan sesi inkues kematian setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

12 tengah hari: Inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan ke 5 Ogos ekoran permohonan peguam yang mewakili ahli keluarga dan kerajaan negeri Selangor

11.40 pagi: Prosiding inkues bersambung.

10.30 pagi: Ketika ditemui media, Gobind berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk meneliti semua dokumen itu.

10.20 pagi: Pihak peguam yang mewakili kerajaan tidak membantah permohonan Gobind dan Koroner Azmil Muntapha bersetuju dengan permohonan itu. Mahkamah berhenti seketika selama setengah jam bermula 10.20 pagi bagi Koroner membuat pemeriksaan dengan pihak Pendaftar Mahkamah sama ada mereka ada mengeluarkan notis berhubung inkues ini.

10 pagi: Gobind yang wakili keluarga Teoh meminta siasatan ditangguh kerana tidak menerima dokumen, antaranya laporan bedah siasat.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.

8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.

8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.

8 pagi: Keluarga Teoh terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya tiba di mahkamah.

7.50 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pas kebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.

7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan