Nazri minta Perbendaharaan wujud ketelusan dalam tender terbuka

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah meminta Perbendaharaan merangka kaedah yang boleh menampakkan ketelusan dalam pemberian tender terbuka.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya keputusan tender dibuat, proses dan cara tender ditawarkan kepada syarikat atau pihak yang berjaya mendapatkan tender itu perlu dilihat oleh orang ramai.

"Mungkin tempoh dua minggu adalah masa yang sesuai untuk memaparkan tender tersebut kepada orang ramai dan ketelusan ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap rakyat," katanya.

Beliau, yang dilantik sebagai menteri penerajui dalam bidang membanteras rasuah di bawah Bidang keberhasilan Utama Nasional (NKRA) semalam, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ALLtickets.my, sebuah sistem penjualan tiket bas ekpres secara online di sini malam ini.

Mengenai sistem penjualan tiket bas ekpres itu yang dibangunkan oleh Pegasus Solutions Sdn Bhd, Nazri berharap berharap ia dapat digunakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kemudahan ini dapat memberi keselesaan kepada penumpang menjelang musim perayaan di samping mencegah penjualan tiket haram yang berleluasa di Hentian Puduraya di sini sebelum ini, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan