Kerajaan negeri jumpa penduduk Kg Buah Pala Sabtu ini

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri akan menemui penduduk Kampung Buah Pala Sabtu ini bagi mencari penyelesaian terhadap isu tanah di kampung itu.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy berkata pertemuan yang akan diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, pada pukul 2.30 petang akan turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap perkara ini dan kita harap dapat berbincang dengan penduduk," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya dalam pertemuan itu, kerajaan negeri akan membentangkan cadangan yang dikemukakan oleh pemaju projek di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi menyelesaikan isu itu.

"Kita harap dapat menerima draf cadangan oleh pihak pemaju hari ini atau esok untuk kita teliti terlebih dahulu," katanya.

Ramasamy, bagaimanapun, berkata pertemuan dengan penduduk Sabtu ini tidak melibatkan pemaju.

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd.

Koperasi itu melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos ini.

Katanya jika penyelesaian dapat dicapai dan cadangan pemaju diterima oleh penduduk kampung itu, kerajaan negeri akan membatalkan keputusannya menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek perumahan di Kampung Buah Pala.

Menyulas dakwaan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa parti itu sanggup membayar RM3.2 juta bagi menyelesaikan isu itu, Ramasamy berkata perkara itu patut dibincangkan dengan pihak pemaju dan koperasi kerana tanah itu bukan milik kerajaan negeri.

"Jika MIC ingin menyelesaikan isu itu dengan membeli tanah Kampung Buah Pala, beliau boleh bincang dengan pemaju dan koperasi. Tapi dengan RM3.2 juta tak mungkin dapat menyelesaikan isu itu kerana harga pasaran tanah telah meningkat, mungkin mencecah RM150 juta," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan