Inkues kematian Teoh mula pagi ini

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HADIR...Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir untuk mendengar sesi perjalanan inkues kematian Setiausaha Politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN.
HADIR...Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir untuk mendengar sesi perjalanan inkues kematian Setiausaha Politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN.

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor bermula pada pukul 9. 15 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

BERITA TERDAHULU

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor bermula pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Kes yang dijangka mengambil masa 15 hari ini didengar oleh Koroner Azmil Muntapha Abas.

Seramai 77 saksi akan dipanggil memberi keterangan termasuk 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Keluarga Teoh akan diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Karpal Singh.

Mahkamah diberitahu prosiding akan dikendalikan oleh Peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Idham Abdul Ghani dan Justin Wee daripada pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, selain Gobind dan Karpal Singh, peguam lain bagi pihak keluarga Teoh adalah Ram Karpal dan Sankaran Nair.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan