Himpunan ISA: Polis beri amaran batalkan rancangan

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras agar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) tidak mengadakan sebarang perhimpunan di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

"Saya ingin sarankan, sila hentikan hasrat (mengadakan perhimpunan) ini kerana ia menjejaskan ketenteraman awam dan pergerakan orang-orang awam.

"Kita ada proses undang-undang yang lain termasuk melalui Parlimen, jadi gunakanlah saluran yang betul ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu sekiranya GMI meneruskan hasrat mereka dan masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan tersebut.

Muhammad Sabtu berkata, GMI akan mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Sementara itu katanya, Magaran akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara.

Muhammad Sabtu turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bagi menghadapi dua perhimpunan yang berlainan motif itu, pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur bermula Khamis ini.

"Kita akan bertindak dua hari sebelum 1 Ogos. Kita akan tahan mana-mana bas yang kita syaki menggunakan Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.

"Kita juga akan menutup beberapa jalan pada 1 Ogos ini.

"Kita sudah lihat dalam akhbar, sms dan blog, mereka tidak berganjak dengan keputusan mereka dan kita juga tidak berganjak dengan keputusan kita untuk tidak membenarkan," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan melakukan tangkapan awal sebagai langkah pencegahan sekiranya pihak polis mengenal pasti tujuan mereka yang ditahan itu adalah untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, pihak polis akan bertindak seminima mungkin bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka enggan mendengar arahan polis termasuk arahan bersurai.

Muhammad Sabtu berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Pewaris semalam bagi menerangkan pendirian polis berhubung hal itu dan dijadualkan akan bertemu dengan GMI esok.

Beliau juga menafikan pihaknya akan bertindak berat sebelah kerana katanya, sama ada pihak itu menyokong atau membantah akta kerajaan tersebut, kedua-dua perhimpunan itu tetap haram diadakan.

Berhubung pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam yang mahu kadar jenayah jalanan diturunkan kepada 20 peratus di Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan-kawasan panas (hot spots) di ibu negara dan telah meminta Ketua-ketua Polis daerah mengenal pasti kawasan panas di tempat mereka.

Katanya, Ops Bersepadu akan tetap diteruskan dan akan mengaktifkan kumpulan Rentap iaitu pasukan polis bermotosikal untuk membuat rondaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan