ADUN Kahang tawar diri bertanding Timbalan Ketua Pemuda MIC

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kahang, R.Vidyananthan, hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda MIC kebangsaan pada pemilihan pergerakan itu 16 Ogos ini.

Katanya hasrat untuk bertanding merebut jawatan nombor dua dalam sayap Pemuda itu telah dipersetujui oleh presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Saya telah berjumpa dengan presiden semalam untuk mendapatkan restu daripada beliau, sebelum membuat pengumuman (untuk bertanding) hari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau memberi jaminan akan berusaha keras untuk memperkuatkan perpaduan di kalangan anggota Pemuda dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Johor B.Panirselvam, yang turut hadir pada sidang media itu bersama beberapa ketua pemuda bahagian negeri, berkata mereka menyokong penuh hasrat Vidyananthan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan