RM3.2 juta akan dideposit dengan peguam MIC, kata Samy Vellu

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mendepositkan bayaran premium RM3.2 juta dengan peguam parti itu bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, kata Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

Katanya apabila kerajaan Pulau Pinang bersedia menyerahkan tanah tersebut kepada penduduk Kampung Buah Pala maka peguam parti akan membuat bayaran kepada kerajaan negeri itu.

"Saya telah mengarahkan peguam MIC supaya menulis kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah tersebut. Peguam akan mengirim wang tersebut apabila kelulusan tanah diberikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata dalam mana-mana urusan tanah, bayaran akan hanya dibuat selepas transaksi atau dokumen transaksi siap.

"Di sini, kita mempunyai seorang Ketua Menteri memberitahu kita supaya membayar terlebih dahulu sebelum berbincang," katanya, sambil menegaskan bahawa MIC akan berpegang kepada janji dan menggesa Lim supaya turut berbuat demikian.

Samy Vellu berkata beliau terkejut dengan kenyataan Lim bahawa MIC 'berbohong' apabila menyatakan bahawa parti itu akan membayar premium sebanyak RM3.2 juta.

"Saya menghormatinya sebagai pemimpin muda yang dinamik. Tetapi malangnya dia boleh berkata apa jua mengikut kesesuaiannya untuk ketika itu dan dia akan berpusing apabila terdesak.

"Kami perlu melihat apa Lim nak cakapkan mengenai isu Bukit Cina di Melaka dan banding dengan apa yang dia lakukan dengan Kampung Buah Pala," katanya.

DAP, di mana Lim menjadi setiausaha agungnya, telah menyelesaikan isu Bukit Cina pada 1984 dan Lim dipetik sebagai berkata bahawa ia menunjukkan keutamaan DAP dalam memulihara budaya dan warisan penting berbanding projek pembangunan untuk keuntungan pihak swasta.

Samy Vellu berkata MIC juga ingin menyelamatkan Kampung Buah Pala demi memulihara warisan dan kebudayaan India.

Beliau menggesa kerajaan negeri itu supaya tidak mengaburi mata rakyat kerana tanah berkenaan dipindahkan semasa Lim menjadi Ketua Menteri dan bukan oleh kerajaan negeri sebelum ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan