Najib temui keluarga Teoh

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Teoh Leong Hwee, 62, bapa mendiang Teoh Beng Hock dalam satu pertemuan di pejabatnya hari ini. Hadir sama ibu mendiang, Teng Shuw Hor (lima, kiri) dan anggota keluarga yang lain. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 16 Julai lepas. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Teoh Leong Hwee, 62, bapa mendiang Teoh Beng Hock dalam satu pertemuan di pejabatnya hari ini. Hadir sama ibu mendiang, Teng Shuw Hor (lima, kiri) dan anggota keluarga yang lain. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 16 Julai lepas. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee, emaknya, Teng Shuw Hor, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan, dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Teoh bahawa beliau dan semua anggota kabinet memandang berat kejadian yang menimpa Teoh.

"Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil," kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.

Teoh, 30, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, ditemui mati terjatuh di aras lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana oleh beberapa wakil rakyat Selangor.

Najib juga menjelaskan kepada keluarga Teoh bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Inkues itu merupakan satu tuntutan undang-undang dalam kes seperti ini yang melibatkan kematian mengejut manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja itu ditubuhkan bagi tujuan meneliti aspek prosedur SPRM dalam menjalankan siasatannya.

Najib berkata bahawa pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.

Katanya hasil penemuan siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja itu.

Kepada permintaan keluarga berkenaan agar anak Teoh menggunakan nama keluarga Teoh selepas dilahirkan nanti, Najib berkata beliau akan meminta Peguam Negara dan jabatan-jabatan berkaitan mencari penyelesaian.

Soh, 28, seorang guru sekolah di Semenyih, kini mengandung dua bulan.

Yang turut hadir pada pertemuan itu ialah bekas setiausaha agung DAP, Kerk Kim Hock, yang mempunyai pertalian keluarga dengan Teoh. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan