Lelaki maut, teman wanita cedera dirempuh - Berita Semasa | mStar

Lelaki maut, teman wanita cedera dirempuh

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala teman wanitanya patah bahu kiri apabila kereta mereka yang berhenti di lorong kecemasan dirempuh sebuah kereta lain di KM 125.9 Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh, semalam.

Md Aqmal Abdul Hadi, 21, dari Temerloh mati di tempat kejadian.

Pegawai Penguatkuasa Trafik Negeri Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian berlaku pada pukul 2 petang ketika Md Aqmal dan teman wanitanya dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan.

"Md Aqmal yang sebelum itu memandu kereta berkenaan berhenti di laluan kecemasan itu untuk menukar pemandu. Selepas menukar pemandu, datang sebuah kereta Honda Civic dari arah belakang merempuh kereta mangsa menyebabkan keretanya terseret sejauh 25 meter ke tengah jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peneroka maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di selekoh tajam KM60.7 Jalan Temerloh Bandar Jengka dekat Jerantut.

Zainalabidin berkata kejadian pada pukul 1 petang itu berlaku ketika Za'beri Ayob, 51, dalam perjalanan dari Jerantut menuju je Bandar Jengka. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan