Koperasi tekad tidak akan serah Kampung Buah Pala

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, pemilik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, hari ini menyifatkan tindakan kerajaan negeri menarik balik kelulusan pelan pembangunan di tapak itu sebagai satu bentuk ugutan.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor berkata, pihaknya tidak akan mengalah dengan ugutan itu dan akan mencari jalan untuk meneruskan hasratnya untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan anggotanya.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal dan semua pihak harus menghormatinya.

Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, koperasi itu tidak bersetuju terhadap sebarang tindakan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk berkompromi dengan kerajaan negeri dan setakat ini pendirian itu kekal.

"Jika perlu, kita akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan di tanah yang kami perolehi secara sah itu dan sebarang tindakan akan mengambil kira keadaan selepas 2 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata, adalah sukar bagi koperasi untuk membatalkan hasratnya membangunkan tanah itu kerana lebih 3,500 anggota sudah menunggu sekian lama untuk menikmati hasil pelaburan mereka.

Abdul Razak berkata sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 84 tahun lalu, projek pembangunan di kampung berkenaan merupakan projek sulung yang memang dinantikan selama ini.

"Saya tidak boleh menyerahkan tanah itu sewenang-wenangnya kepada pihak lain tanpa persetujuan anggota dan sebarang kehendak mereka diputuskan melalui mesyuarat agong tahunan," katanya.

Justeru itu, beliau berkata koperasi itu tidak berminat dengan langkah MIC untuk mengambil balik tanah itu dan membayar premium RM3.2 juta kepada kerajaan negeri.

"Nilai moral koperasi ini jauh lebih tinggi daripada premium itu. Jadi kami tidak akan menyerahkan tanah itu kepada mana-mana pihak,"katanya.

Beliau juga tidak akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk berbincang mengenai penyelesaian kemelut di Kampung Buah Pala itu walaupun beliau dijemput kelak. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan