Wacana Pemuda PAS-Umno: Jawatankuasa teknikal dibentuk

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAJUAN...  Naib Ketua Pemuda Umno,  Datuk Razali Ibrahim (kiri) ketika ditemui Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi (kanan) untuk menyerahkan jemputan wacana ilmiah pada 1 Julai lalu di bangunan Parlimen. Hari ini PAS membentuk jawatankuasa teknikal yang dianggotai wakil kedua-dua pergerakan Pemuda PAS dan Umno ke arah menjayakan wacana itu.
KEMAJUAN... Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim (kiri) ketika ditemui Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi (kanan) untuk menyerahkan jemputan wacana ilmiah pada 1 Julai lalu di bangunan Parlimen. Hari ini PAS membentuk jawatankuasa teknikal yang dianggotai wakil kedua-dua pergerakan Pemuda PAS dan Umno ke arah menjayakan wacana itu.

KUALA LUMPUR: Usaha mengadakan wacana ilmiah antara Pergerakan Pemuda PAS dan Umno, yang dijangka sebelum bulan Ramadan ini, melepasi langkah kedua hari ini dengan pembentukan jawatankuasa teknikal.

Pemuda PAS yang membentuk jawatankuasa teknikal pagi ini mengumumkan tiga anggotanya akan menduduki badan tersebut.

Pergerakan Pemuda Umno juga diminta menamakan tiga wakilnya dan surat rasmi mengenai perkara itu akan dihantar esok.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-tantawi pada Majlis Ramah Mesra Media di sini petang tadi.

"Jawatankuasa teknikal sudah dibentuk hari ini. Kami akan menghantar surat (kepada Pemuda Umno) esok... tajuk wacana yang diberikan oleh kami sudah dipersetujui oleh Pemuda Umno, dan kami pegang kepada tajuk itu," katanya.

Dua daripada tiga wakil Pemuda PAS dalam jawatankuasa itu ialah Setiausahanya, Kamaruzaman Mohammad dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Nama seorang lagi akan dikeluarkan kemudian.

Pagi tadi Pergerakan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya, yang kedua sejak pemilihan awal bulan lalu.

Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Nasrudin menyerahkan surat jemputan untuk mengadakan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno pusat, Datuk Razali Ibrahim yang mewakili Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan dua hari kemudian.

Wacana ilmiah itu bertajuk "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam".

Minggu lalu Nasrudin memberitahu mStar Online bahawa kemungkinan wacana ini akan diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Jangkaan tarikh itu juga dipersetujui oleh Razali.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan aspek lanjut selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Pilihan raya kecil itu selesai 14 Julai lalu.

Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.

Nasrudin menjelaskan, mesyuarat jawatankuasa teknikal akan dipengerusikan seorang moderator, yang akan dipilih daripada kalangan mereka yang bakal dinamakan oleh kedua-dua pergerakan itu.

"Kami PAS dan Umno juga akan diminta mengemukakan cadangan moderator. Kami akan pilih seorang daripada nama-nama ini.

"Bagi pihak Pemuda PAS, kami kemungkinan akan menamakan pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan sebelum ini bahawa Khairy sendiri akan menemuinya bagi membincangkan format dan perkara-perkara berkaitan wacana, Nasrudin memberitahu:

"Tidak, saya akan menemui beliau pada hari wacana... soal lain akan diuruskan oleh jawatankuasa teknikal."

PERHIMPUNAN ISA

Nasrudin juga berkata, mesyuarat pihaknya pagi tadi telah menyatakan komitmen kepada Gerakan Mansuh ISA yang akan mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu ini.

"Kami menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir dan Pemuda PAS akan menggerakkan kira-kira 30,000 orang ahli kami dari seluruh negara," katanya.

Justeru beliau berharap pihak polis akan membenarkan perhimpunan itu yang akan disertai wakil 83 pertubuhan bukan kerajaan.

UCAPAN TAKZIAH

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah atas kematian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara malam tadi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan