Pertemuan serius dengan PAS dibincang MT Umno Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNYONYO (Uganda): Langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan keduadua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS itu dengan kerajaan pusat berkata, senario itu akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS.

"Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik.

"Oleh kerana ada keputusan seperti itu, langkah-langkah susulan kita boleh ambil dan terbaik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada penghujung bulan ini iaitu 31 Julai," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS dengan kerajaan pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Nik Abdul Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

REAKSI POSITIF

Muhyiddin berkata: "Kita telah menyuarakan sejak awal dulu bila mana soal kerajaan perpaduan dibincangkan, walaupun kita tidak jelas kita telah memberi reaksi yang positif dan kita telah menyatakan kita sedia berbincang demi perpaduan negara dan umat Islam." "Kalau pun ada perbezaan atau salah faham itu adalah adat manusia," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.

"Kita tidak perlulah meletakkan agenda khusus dalam pertemuan awal itu yang akan membuka langkah permulaan apaapa perkara yang kita boleh bincang secara bersama," katanya.

Ditanya sama ada Umno akan menghantar barisan pemimpin kanan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS itu nanti, Muhyiddin berkata, pemimpin yang akan mewakili Umno akan dipilih oleh presiden parti.

"Kita berharap pertemuan itu akan menghasilkan sesuatu yang positif yang bukan sahaja membawa kebaikan kepada kaum Muslim tetapi juga rakyat keseluruhannya," katanya.

IKTIBAR

Mengenai tindakan bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin berkata, perkara itu perlu dilihat sebagai iktibar kepada semua pemimpin komponen parti Barisan Nasional (BN) termasuk MIC.

"Kita harus meneliti di sebalik apa-apa penghijrahan tertentu kepada pihak PKR, sama ada ia sesuatu yang memberi kesan kepada kita (BN) dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang.

"Apa pun yang berlaku, pimpinan MIC harus memberi perhatian," katanya.

Muhyiddin juga menyeru pimpinan parti komponen BN supaya terus bekerja kuat untuk mengukuhkan parti demi kebaikan bersama.

"Apa yang penting ialah BN kembali menjadi parti yang kuat dan dilihat sebagai parti yang bersatu padu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan