Najib: Kadar jenayah jalanan diturun 20% peratus akhir 2010

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun depan.

Ia membabitkan empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang kini mencatatkan kes 72 peratus.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Awam di sini, pagi ini - sebahagian daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional bagi enam Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA).

NKRA diumumkan pada 11 Julai lalu sempena 100 hari pertama memegang jawatan Perdana Menteri.

Najib berkata, fokus untuk mengurangkan jenayah jalanan membabitkan curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api yang disasarkan menerusi NKRA pertama itu adalah kerana ia merupakan 17 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah 2008 yang didapati mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada masyarakat.

Selain itu katanya, pasukan sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya termasuk penyeragaman uniform bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan.

"Balai-balai berkaitan akan dinaik taraf dan peralatan akan ditambah selain menambah peralatan CCTV (kamera litar tertutup) untuk langkah-langkah pengawalan dan pencegahan," katanya.

Najib berkata, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri bagi mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh termasuk mewujudkan tribunal khas bagi jenayah jalanan.

5 NKRA YANG LAIN

Sementara itu, KPI bagi lima lagi NKRA yang diumumkan Najib pagi tadi ialah:

NKRA kedua: Memerangi rasuah

- Semua perolehan kerajaan harus menggunakan tender terbuka atau tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu.

NKRA ketiga: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

- Pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Kerajaan menyasarkan menjelang 2012, akses kepada pendidikan prasekolah akan mencapai 80 peratus berbanding 60 peratus pada masa ini.

- Bagi menangani masalah penguasaan kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan persekolahan, kerajaan menyasarkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun Empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012.

- Menawarkan Bai'ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

- Sebagai projek perintis, sebanyak 100 sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, berpiagam dan berasrama penuh akan dikenal pasti dan diangkat sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum hujung 2012.

NKRA keempat: Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah

- Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan bagi bulan yang berkenaan.

- Menambah jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

NKRA kelima: Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

- Menjelang penghujung 2010, sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak dan ia akan ditambah kepada 1,500 km atau dua kali ganda daripada perancangan awal yang akan membabitkan kos RM4 bilion dan dijangka siap sebelum penghujung 2012.

- Di Semenanjung bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkat bagi memastikan rakyat dapat tinggal sekurang-kurangnya hanya lima kilometer jauh dari jalan berturap yang akan melibatkan kos RM1 bilion.

- Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 peratus di Sabah dan Sarawak pada penghujung 2012 yang membabitkan 60,000 rumah dengan kos RM2 bilion.

- Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95 peratus membabitkan kos RM3.9 bilion dan memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli pada penghujung 2012.

- Membina dan membaik pulih 50,000 rumah bagi keperluan golongan miskin dan miskin tegar sehingga penghujung 2012 di seluruh negara.

NKRA keenam: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

- Tambahan 35 set "4-car-train" menjelang penghujung 2012 yang akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Najib turut mengumumkan enam Menteri Pimpinan yang dilantik menerajui NKRA yang digariskan.

Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, menterinya adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Najib berkata, beliau akan berjumpa dengan setiap Menteri Pimpinan setiap minggu bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan.

"Maknanya, dalam setiap enam minggu, saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti direncanakan.

"Menteri-menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali daripada KPI.

"Setiap Menteri selain enam Menteri Pimpinan tetap dipertanggungjawabkan mencapai KPI kementerian masing-masing dan saya sendiri akan memantau prestasi kementerian-kementerian itu pada setiap enam bulan," katanya.

Beliau berkata, 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC telah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program NKRA yang dijadualkan bermula 1 September ini.

Katanya, tiga bengkel khusus yang telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri bagi merangka, memperinci dan mencari penyelesaian isu-isu berbangkit membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjayakan NKRA tersebut.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan