Magaran beri GMI amaran batal perhimpunan 1 Ogos

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar membatalkan himpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara 1 Ogos ini.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama - juga di tiga lokasi sebagaimana diputuskan GMI untuk menyokong penggunaan ISA.

"Jika GMI berdegil, maka Magaran juga akan turun berdemonstrasi di jalan raya untuk mengokong ISA pada jam 11 pagi.

"Oleh itu, MAGARAN memberi amaran kepada GMI agar jangan bertindak bodoh mendesak kerajaan menghapuskan satu akta yang telah terbukti dapat menjamin keamanan negara," katanya dalam sidang media pengumuman penubuhan Magaran di sini hari ini.

Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis meminta supaya pihak berkuasa mengambil langkah menghalang sebarang perhimpunan yang dirancang pada 1 Ogos ini.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya mahu semua pihak yang merancang mengadakan perhimpunan berkenaan supaya menghentikannya kerana ia boleh membawa imej buruk terhadap negara.

"Hari ini kita membuat aduan berkaitan perhimpunan dan perarakan oleh beberapa pihak, iaitu terdapat satu pihak yang menyokong dan satu pihak lagi menentang ISA.

"Perkasa minta semua pihak yang nak buat perhimpunan ini supaya fikir kesannya kepada negara, kalau minta nak mansuhkan ISA atau minta diteruskan... Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dah buat kenyataan, sama ada nak kaji semula atau ubah suai, patutnya semua pihak kena tunggu, sabar dahulu," katanya kepada media selepas membuat laporan polis berkenaan.

Bagaimanapun beliau menegaskan Perkasa akan turun padang menyertai demonstrasi anjuran Magaran jika GMI masih meneruskan usaha untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Magaran, Hasan Hamzah berkata gabungan berkenaan berpendirian bahawa mereka mahu supaya ISA diteruskan dan menyokong sebarang usaha oleh kerajaan untuk mengkaji semula akta tersebut.

"Pendirian kami jelas, kami mahu ISA itu dikekalkan kerana ISA perlu ada untuk pertahankan kedaulatan undang-undang negara.

"Nak buat pindaan kita sokong, tapi nak hapuskan atau nak mansuhkan terus... kita tentang," katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perancangan Magaran, Mohd Khairul berkata pihaknya akan memohon permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan.

Katanya lagi, perhimpunan berkenaan bermula di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni.

"Kita akan mula berkumpul di tiga kawasan berkenaan sebelum kesemua mereka bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

"Selepas semuanya berkumpul di Dataran Merdeka, kemudiannya kita akan bergerak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Di Pertuan Agung bagi memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Ditanya sama ada tindakan mengadakan perhimpunan dan perarakan berkenaan akan menyebabkan pertembungan dengan kumpulan GMI hingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara, Mohd Khairul berkata perkara berkenaan dapat dielakkan.

"Kita yakin tidak berlaku pertembungan kerana kita memilih waktu pagi untuk menyerahkan memorandum menyokong ISa...ini sudah pasti dapat mengelak daripada berlaku pertembungan dengan penyokong GMI," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan