Lima sekeluarga maut kereta dirempuh lori kontena

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Lima sekeluarga, termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan, yang baru pulang dari makan tengah hari di sebuah kedai makan di bandar ini menemui ajal apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori kontena di Jalan Maran-Kuantan hari ini.

Tragedi pada 1.30 tengah hari itu berlaku setelah lori yang membawa muatan tong gas kosong yang dalam perjalanan dari sini ke stesen Petronas di Kuantan secara tiba-tiba terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Kenari yang dinaiki keluarga dari Felda Jengka 5 itu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata akibat rempuhan kuat terbabit, kereta yang dipandu oleh Nasarudin Abd Aziz, 33, yang merupakan pembantu rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Purun, Triang dekat sini diseret sejauh 80 meter dan remuk teruk.

Katanya turut maut di tempat kejadian adalah isteri Nasarudin, Fatmawati Harun, 30, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Purun, Triang yang mengandung tiga bulan, ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, adik bongsu Fatmawati, Mohd Syakirin, 23, dan anak pasangan suami isteri itu, Muhammad Nazhif, 10 bulan.

"Kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh anggota badan manakala pemandu lori berusia 39 tahun patah kaki dan kelindannya berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ahmad Johari berkata mayat sekeluarga berkenaan dihantar ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat manakala pemandu lori dan kelindannya dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, abang sulung Fatmawati, Alias Harun, 43, yang ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Jengka petang ini, berkata dia menerima panggilan telefon daripada bapa tirinya, Wan Jaafar Wan Jusoh mengenai kejadian tersebut pada pukul 2 petang.

Katanya kali terakhir dia berbual dengan adik perempuannya itu ialah pada pukul 5 pagi tadi iaitu sebelum dia keluar bertugas di Balai Polis Bera.

"Arwah sekeluarga tinggal di Purun manakala saya tinggal di Bera jadi cuti hujung minggu kami selalunya balik ke rumah mak di Felda Jengka 5 yang tinggal bersama adik bongsu, Mohd Syakirin yang lembam dan tidak bekerja," katanya.

Alias berkata ibunya sekeluarga makan tengah hari di luar kerana adiknya tidak larat memasak kerana mengandung.

Katanya kesemua mayat akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Felda Jengka 5 sebaik sahaja selesai urusan bedah siasat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan