Kematian kedua H1N1 di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari semalam, menjadikannya mangsa kedua yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lepas.

"Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah mula mengalami demam serta batuk.

"Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan Xray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Ismail berkata, kes lelaki itu kemudian dirujuk ke hospital swasta di Subang Jaya pada 19 Julai dan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beliau berkata ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai dan Institut Penyelidikan Perubatan mengesahkan lelaki itu positif influenza A(H1N1) sehari selepas itu.

"Kes tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35 tengah hari, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut setelah tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi hospital swasta berkenaan," katanya.

Beliau berkata seramai 18 kontak kes telah dikenalpasti dan hanya seorang sahaja yang mengalami simptom tonsilitis.

Sebelum ini, seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun yang dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia pada 21 Julai lepas.

Dr Mohd Ismail berkata kematian itu termasuk dalam tujuh kes yang dikategorikan sebagai sporadik atau terpencil.

Katanya, enam kes tempatan lain yang dikategorikan sebagai sporadik terdiri daripada tiga kes yang dimasukkan ke hospital iaitu satu kes pneumonia, satu kes wanita hamil lima bulan dan satu kes pelajar remaja, manakala tiga kes lagi mendapat rawatan pesakit luar terdiri daripada anggota keluarga yang sama.

Beliau berkata sejumlah 49 kes baru, termasuk kematian itu dilaporkan hari ini dan kesemuanya adalah kes tempatan di kalangan warga Malaysia.

"Daripada 49 yang dilaporkan hari ini, 29 kes merupakan kejadian dari sembilan kluster baru dan 13 kes merupakan kejadian dari empat kluster sedia ada," katanya.

Menurut Dr Mohd Ismail, jumlah terkumpul kes Influenza A(H1N1) di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 1,124 kes dengan dua kematian, dan daripada jumlah tersebut, 574 merupakan kes import dan 550 kes jangkitan tempatan.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 1,103 kes (98 peratus) telah sembuh dan hanya 10 kes sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital manakala lapan kes lagi mendapat rawatan di rumah.

Merujuk kepada situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sehingga kini, sejumlah 159,223 kes dengan 987 kematian telah dilaporkan daripada 158 negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 1,200 kes dengan 12 kematian berbanding semalam.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI)." Bagi memperlahankan penularan wabak penyakit itu, beliau menggariskan beberapa langkah termasuk meminta kejadian ILI atau jumlah ketidakhadiran di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan