Jangan guna media untuk selesaikan masalah dalaman parti, kata Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNYONYO (Uganda): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menggunakan media sebagai medan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.

"Kita tidak perlu memberitahu kemelut parti masing-masing. Ini akan menambahburuk perspektif negatif masyarakat pada kita. Semua parti ada masalah tetapi yang penting ialah macam mana mengatasinya.

"Apapun masalah dalaman parti mesti diselesaikan sendiri dan tidak perlulah pergi (kepada) media," katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik yang melanda parti MCA yang menyaksikan Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan media mengenai satu sama lain.

Semalam, Chua meminta Ong agar tidak berterusan menimbulkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya dan sebaliknya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan anggota parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Muhyiddin berkata: "Kalau kita dedahkan dan dihamburkan ke khalayak ramai, ia tidak membantu menyelesaikan masalah or memulihkan imej parti.

"Kita kena hatihati. Walaupun masalah dalaman, kita tidak boleh elak ia jadi sebahagian dari masalah Barisan Nasional. Kita berjuang atas landasan BN".

Berikutan itu, beliau menasihatkan pemimpin parti komponen BN supaya mengambil pendekatan musyawarah (berunding) untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.

"Saya tahu ia tidak semudah itu. Tapi kalau kita cuma nak pertahankan kedudukan kita dan tidak mengambil kira kesan lebih besar dari apa yang kita lakukan, itu tidak beri faedah.

"Apa yang penting ialah ialah bagaimana kita meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan