Dua Exco DAP buat laporan polis terhadap laman blog

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua anggota Exco Selangor dari DAP hari ini membuat laporan polis terhadap apa yang disifatkan sebagai maklumat palsu dan tuduhan tidak berasas dilemparkan ke atas mereka di laman blog www.t4tbh.blogspot.com.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang semalam.

Turut membuat laporan ialah Setiausaha DAP cawangan Sungai Pelek, Wong Chuan How yang namanya disebut sebagai penerima lebih 80 projek di situ di bawah seliaan Liu dalam laman blog itu.

Yong dalam satu kenyataan di sini, berkata laman web yang tidak bertanggungjawab itu cuba mengaitkan kematian Setiausaha Politiknya Teoh Beng Hock dengan tekanan yang kononnya dikenakan beliau dan Ronnie untuk memaksa mendiang menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Yong berkata laman blog itu cuba menjatuhkan imej beliau dan Ronnie.

Ronnie pula berkata beliau membuat laporan itu setelah pucuk pimpinan parti menggesa beliau berbuat demikian kerana jika tidak akan dilihat seolah-olah beliau takut dan sedang menyembunyikan sesuatu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan