Dr Mahathir ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNYONYO (Uganda): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan PAS dan bukan memantapkan Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.

"Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di sini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Nik Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manek Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Dr. Mahathir mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik PAS.

"Yang pertama, PAS mahu kerjasama dengan siapa? Kalau mahu kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau mahu kerjasama dengan Umno, itu sudah 'racist party' (seperti yang didakwa pihak tertentu), jadi saya khuatir dengan niat mereka," katanya.

Mengenai penyertaan beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas Naib Presiden MIC, Datuk S.S. Subramaniam ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mahathir berkata, tindakan itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN.

"Tidak banyak orang Umno yang menyertai PKR. Sebelum ini, saya pun berhenti menjadi anggota Umno tetapi saya tidak menyertai parti lain. "Namun kita lihat banyak pemimpin parti komponen BN, yang dilayan secukupnya, masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi," katanya.

Dr. Mahathir berkata, penyelesaian terbaik untuk menangani kemelut itu ialah dengan mewujudkan kerajaan yang baik yang disokong oleh rakyat.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang "racist" kerana kelihatan cuba memperjuangkan nasib kaum tertentu seperti yang terpapar dalam blognya, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama dicap sebagai pemimpin yang "racist".

"Sebelum saya menjadi Perdana Menteri, ada yang melihat saya sebagai the Malay ultra. Tetapi semasa saya jadi Perdana Menteri saya dapati kaum-kaum lain tidak mengadu.

"Sewaktu saya Perdana Menteri mereka dapat hak mereka. Apa juga pandangan yang saya beri dalam blog adalah berdasarkan fakta. Kalau ada fakta yang saya maksudkan tak betul buktikan," katanya.

Dr Mahathir berkata terdapat fakta jelas tentang wujudnya ketidakseimbangan daripada segi kekayaan mengikut kaum di Malaysia.

"Kalau perlu perkara ini boleh diaudit (untuk menentukan kebenaran). Misalnya dalam Dasar Ekonomi Baru, kita berjaya hasilkan lebih ramai doktor daripada kalangan kaum Melayu bagi mewujudkan keseimbangan, apa salahnya?. Kalau mereka katakan saya racist, sebenarnya mereka juga layak dipanggil racist," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan