Subra akui temui Samy, nafi letak syarat kompromi

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam menegaskan, beliau tidak pernah mengadakan perbincangan berkompromi berhubung pemilihan dengan Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu agar mengambil sikap berkecuali sebagai syarat menarik balik injunksi terhadap Maika Holdings awal tahun ini.

"Tiada usaha kompromi, tiada perbincangan untuk menarik balik perintah mahkamah terhadap Maika sebagai syarat mahu tanding jawatan Timbalan Presiden," kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau mengakui satu pertemuan telah diaturkan oleh seorang pemimpin bergelar Tan Sri sebagaimana dinyatakan oleh Samy Vellu kelmarin.

"Saya dipanggil oleh Tan Sri itu ke rumahnya dan Samy Vellu pun ada datang.

"Kami hanya membincangkan masa depan masyarakat India... bukan kompromi dengan Samy Vellu agar bersikap berkecuali dalam pemilihan parti," katanya lagi.

Subramaniam mengulas kenyataan Samy Vellu kelmarin bahawa beliau bukan berdendam terhadap Subramaniam menjelang pemilihan kali ini, tetapi "terguris" dengan tindakannya.

Katanya, Subramaniam gagal memenuhi janji beliau, sebaliknya mengenakan syarat iaitu tidak menyokong mana-mana calon bagi jawatan Timbalan Presiden jika mahu injunksi terhadap Maika Holdings - sayap pelaburan MIC - ditarik balik.

Injunksi itu diperoleh dua tahun lalu.

Samy Vellu menyokong penyandang jawatan, Datuk G. Palanivel bagi kerusi itu pada pemilihan September ini. Ia diumumkan dua minggu lalu.

"Dalam satu pertemuan lima bulan yang lalu, yang disaksikan oleh seorang Tan Sri yang baru, Subramaniam berjanji akan tarik balik injunksi ke atas Maika Holdings sebagai balasan (tidak menyokong mana-mana calon).

"Saya setuju... Saya kejar dia sejak hari itu, tapi beliau kata esok, esok (cuba lari)...," kata Samy Vellu.

Samy Vellu juga menyokong Palanivel tiga tahun lalu, yang menewaskan Subramaniam.

Subramaniam menjelaskan, perintah injunksi mahkamah adalah jelas di mana syarikat insurans dimiliki Maika Holdings iaitu Oriental Capital Insurance Berhad tidak dijual pada harga rendah dan ia harus dijual kepada syarikat milik masyarakat India.

"Selepas saya memperoleh injunksi mahkamah, ada pihak (Usaha Tegas) yang bersedia untuk menawarkan harga RM149 juta berbanding harga sebelum itu RM129 juta.

"Tetapi tawaran RM149 juta telah ditolak oleh Samy Vellu tidak sampai 24 jam, tanpa pengetahuan saya. Saya berharap Samy Vellu boleh menjelaskan perkara ini kepada umum... mengapa ia ditolak dalam 24 jam," katanya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan