MIC tidak rugi apa-apa S.S Subramaniam sertai PKR, kata Samy Vellu

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas naib presidennya Datuk S.S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu. Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan "tahniah" kepada Subramaniam dengan tindakannya itu.

"Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India.

"Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR)," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke63 di sini hari ini.

Semalam Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat.

Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat.

"Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata MIC bercadang meminda perlembagaan parti itu berhubung jumlah minimum anggota bagi mewujudkan sesebuah cawangan MIC.

"Ketika ini jumlah minimum diperlukan adalah seramai 110 orang dan jika dipersetujui oleh parti pada mesyuarat agung 12 dan 13 September depan, ia akan dikurangkan kepada 60 orang.

"Kita jangkakan dengan pindaan berkenaan, ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat India menyertai MIC terutama di kawasan tidak ramai penduduk India," katanya.

MIC kini mempunyai 3,700 cawangan dengan kira-kira 630,000 anggota. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan