Hishamuddin harap Nik Aziz ikhlas berbaik dengan kerajaan pusat

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kenyataan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat perlu dibuat berlandaskan keikhlasan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perpaduan merupakan perkara penting yang tidak boleh digadaikan serta mesti konsisten bagi menilai keikhlasan untuk bersatu padu, memikirkan nasib bangsa dan agama.

"Kita dalam Umno, sentiasa mengalualukan usaha menjurus kepada perpaduan Islam dan kepentingan rakyat, tidak kira bila dan di mana.

"Terserah kepada mereka sama ada setuju atau hendak berbincang balik. Kalau jadi Alhamdulillah... tetapi kalau tidak jadi, kita akan teruskan juga dengan usaha perpaduan dan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu Sapi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang menghulurkan tangan untuk berbaikbaik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Umno Sabah kalau dahulu merupakan anak bongsu dalam parti itu tetapi kini mereka berada di depan dalam perjuangan Umno.

Katanya Umno Sabah kini memainkan peranan penting dalam arus perdana politik negara dengan melaksanakan tugas utama dalam perjuangan Umno dan agenda negara.

"Jika digandingkan dengan Konsep 1Malaysia, kita dapat melihat Sabah sebagai satu contoh negeri yang mempunyai potensi bukan sahaja untuk menterjemahkan impian dan harapan kita tetapi lebih dari itu sebagai benteng serangan asakan daripada parti pembangkang yang mahu mengekploitasi apa sahaja isu.

"Saya gembira Umno Sabah dan Barisan Nasional Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman masih kukuh biarpun berhadapan dengan pelbagai ujian," katanya.

Di ALOR GAJAH, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata pintu rundingan terus terbuka antara PAS dan Umno mengenai isu perpaduan berikutan kesediaan Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaikbaik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS dengan kerajaan pusat.

"Dulu halangannya untuk PAS berbincang dengan Umno ialah Menteri Besar Kelantan, kini apabila Menteri Besar Kelantan berkata begitu bererti kita kena sambut perkara ini supaya perbincangan boleh diteruskan dan pintu rundingan terus terbuka dalam hal ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isuisu semasa anjuran Umno Bahagian Masjid Tanah di Tanjung Bidara dekat sini, Ahmad berkata beliau menganggap kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah ikhlas dan Umno menyambut baik kenyataan itu.

"Apabila ada usaha-usaha perpaduan ini sebenarnya jika ia terjadi dan terlaksana dalam apa juga bentuk yang untung bukan hanya orang Melayu tetapi yang untung seluruh rakyat dan negara Malaysia.

"Tidak pernah perpaduan itu merugikan sebagaimana tidak pernah perpecahan itu menguntungkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan