Cadangan tiga tahun sertai parti sebelum bertanding peringkat MT - Berita Semasa | mStar

Cadangan tiga tahun sertai parti sebelum bertanding peringkat MT

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Umno bahagian Tasek Gelugor mencadangkan supaya calon yang ingin bertanding di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) perlu terlebih dahulu menjadi anggota parti sekurangkurangnya tiga tahun.

Ia turut mencadangkan agar calon yang mahu bertanding jawatan di keduadua peringkat itu perlu memegang jawatan anggota jawatankuasa di peringkat cawangan sekurangkurangnya satu penggal.

"Kami menerima syor pindaan perlembagaan parti yang dikemukakan oleh MT dengan beberapa cadangan bagi memastikan pindaan itu kelak benarbenar berkesan," kata Setiausahanya, Zamri Che Ros selepas mesyuarat perwakilan bahagian itu hari ini.

Umno akan mengadakan perhimpunan agung khas bagi membincangkan pindaan perlembagaannya Oktober ini.

Zamri berkata mesyuarat yang dihadiri 377 anggota perwakilan turut mencadangkan supaya pemilihan peringkat cawangan diadakan serentak di dalam sesuatu bahagian. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan