'War Room' antara 3 jabatan baru ditubuh Umno Perak

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Badan Perhubungan Umno Negeri Perak menubuhkan 21 sekretariat dan tiga jabatan baru dalam usaha memantapkan jentera parti di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga Menteri Besar Perak berkata, tiga jabatan baru yang ditubuhkan adalah Jabatan Komunikasi, Penyelidikan dan 'War Room'.

Selain itu antara sekretariat baru yang ditubuhkan adalah sekretariat 1Malaysia, Pilihan Raya, Perumahan Rakyat, Sistem Penyampaian Perkhidmatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kakitangan Kerajaan, Media Baru, Jalinan Kasih serta Tugas-Tugas Khas.

Fokus utama aktiviti setiap sekretariat dan jabatan yang baru dibentuk itu adalah bagi memantapkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Semua pengerusi yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dengan berkesan bagi memenuhi matlamat menguatkan jentera Umno negeri untuk menarik sokongan rakyat dan menjayakan hasrat '1Malaysia'," katanya kepada pemberita di Bangunan Umno Negeri lewat malam tadi.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri yang berlangsung selama hampir dua jam di bangunan berkenaan.

"Soal memenuhi matlamat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' hendaklah ditekankan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program-program parti," kata Zambry.

Zambry turut mengumumkan pelantikan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri menggantikan Datuk Ramly Zahari yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen kawasan itu dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Beliau berkata, pelantikan jawatan kanan tersebut dibuat setelah mengambil pandangan daripada semua ketua Umno bahagian dan ia turut dibincangkan dalam pucuk pimpinan parti.

Selain itu, sekretariat yang dikekalkan pula adalah Politik, Pengurusan dan Disiplin, Agama, Penerangan, Pelajaran, Keahlian, Daftar Pemilih, Keusahawanan dan Ekonomi, Pertanian, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Aduan Rakyat, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan