PKFZ: Tee Keat terharu dengan sokongan terhadapnya

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat melahirkan rasa terharu di atas sokongan yang ditunjukkan pemimpin dan anggota parti itu terhadapnya dalam menangani isu berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menulis di dalam blongnya ongteekeat.net bahawa sokongan itu memberinya keyakinan dan menguatkan pendiriannya untuk bukan sahaja melakukan perkara yang betul, malah melakukanya secara yang betul demi kepentingan rakyat.

"Ini merupakan langkah signifikan ke arah lebih mematangkan MCA dan menunjukkan pucuk pimpinan dan parti mampu menyatu padu dan setia kepada perjuangannya dan bukan kepada manamana individu atau kumpulan.

"Saya dapati kita boleh bersatu bukan sematamata kerana PKFZ. Kita telah membuktikan MCA boleh bersuara dengan satu suara mengenai isuisu yang dekat di hati rakyat, termasuk seperti yang membabitkan mendiang Teoh Beng Hock dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan isu pendidikan anakanak kita antaranya," katanya.

Ong berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat, pendekatan, metodologi dan stail di kalangan pemimpin MCA, tetapi mereka dapat memberi jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat.

Tiga orang menteri dan tujuh orang timbalan menteri Kabinet dari MCA kelmarin mengeluarkan kenyataan menyokong Ong dalam menangani isu PKFZ. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan