Perbanyak program perjelas dasar kerajaan kata Sanusi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno perlu mengadakan lebih banyak program dan kursus bagi menjelaskan dengan terperinci dasardasar yang dibuat kerajaan terutamanya kepada golongan muda.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid berkata kegagalan Umno untuk mewariskan pemahaman dasardasar itulah yang membuatkan sokongan golongan muda terhadap parti itu semakin luntur.

"Kita perlu memahamkan semua ahli Umno mengenai dasar lama dan baru, kalau ahli Umno sendiri tak faham dasar, macamana kita nak bersatu," katanya pada forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus: Bahagian 2" di sini malam ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata generasi muda juga perlu diberi pemahaman mengenai sejarah Umno yang menjadikan parti Melayu terbesar itu kekal kuat sehingga kini.

"Kalau nak ke depan, kita perlu buat apa saja program yang link with the past...jangan pisah masa lalu dan jangan anggap apa saja dasar yang dibuat pada masa lalu itu salah," kata Sanusi.

Forum itu dipengerusikan oleh tokoh akademik dan budayawan Senator Prof Datuk Firdaus Abdullah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan