Penggantungan Naib Presiden Gerakan kekal - Berita Semasa | mStar

Penggantungan Naib Presiden Gerakan kekal

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan kekal.

Jawatankuasa Pusat (CC) parti, pada mesyuaratnya hari ini, tidak menyemak tindakan gantung itu yang dikenakan terhadap Huan pada 31 Mei oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sebaliknya CC memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai tiga pemimpin veteran untuk menyemak kes itu dan memantau kelakuan Huan dari sekarang dan mencadangkan kepada CC sebarang tindakan yang sesuai.

"Jawatankuasa khas ini boleh menerima dan mendengar representasi. Kecuali ia memutuskan untuk berbuat demikian lebih awal, jawatankuasa akan membuat semakan berkala dan melapor kepada CC setiap enam bulan," kata Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa khas itu, diketuai bekas setiausaha agung parti Tan Sri Chan Choong Tak dan dianggotai bekas naib presiden parti Ng Lip Yong dan veteran parti yang juga anggota CC, Dr Chee See Cheok.

Teng berkata, CC pada mesyuarat itu turut mengarahkan semua anggota tidak membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu dan perkara lain berkaitan parti dan perlu menyalurkan sebarang pandangan dan maklum balas melalui saluran yang betul dalam parti.

Masalah Huan bermula awal bulan lepas, bertitik tolak daripada isu kecil mengenai pelantikan penyelaras cawangan di bahagian Machang Bubok di Pulau Pinang yang mendorongya mengeluarkan ugutan untuk keluar parti.

Ugutannya itu, ditambah pula dengan khabar angin kononnya beliau mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendorong parti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya di mana beliau menjawab dalam surat dua perenggan termasuk permohonan maaf.

CWC mendapati beliau bersalah mencemarkan imej parti dan mengenakan hukuman gantung selama tiga tahun.

Bagaimanapun, Huan mendakwa ketiadaan pendengaran oleh lembaga disiplin sebelum hukuman gantung dikenakan terhadapnya menunjukkan wujud agenda di kalangan pemimpin tertenu dalam parti untuk menyingkirkan beliau. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan